Wednesday, 4 April 2012

cuti sem 2.....

                                         Ni r aktiviti 1st yg fanna ngn famly wat mse cuti sem..
                                                 mandi manda di ulu chepor,perak..

Sebenarnya kami plan nk pergi jalan2 wat window shopping..tp disebabkan malam 2 ada cite best kt tv,mama ngn baba pon penat..jadi kami decide untuk pergi menyejukan badan kt ulu chepor..nak pergi jauh cikit,baba sibuk...x kisah la,janji jalan gak..pagi2 lagi mama da kejutkan ktorg adik beradik untuk bersiap g sne...hahaha,sbkan malam td fanna tdo lambat wat video call..susah ckt r nk bngun pagi..last2 pkol 9 bru ktorg bertolak...sampai je sne,alhmdulillah..xde rmai org,dpt plak pondok yg mmg cntik r..senang mandi..nk tau,ktorg tak plan pon nk g pagi 2 jd makanan yg ktorg bwk hanyalah ape yg ad dlm peti sejuk..ahh,fanna mmg x kisah..tp adik2 fanna bising LAPO memanjang..baba sempat r beli karipap ngn kuih lain wat bekalan mkn kt sne..mmg ktorg hbiskan mse mandi je r dh makanan pon kureng..sonok dohh,sejuk gler..g ngn kawan lain ngn famly lain...tp dua dua sonok..yg xleh bla 2 mse main swimming2..fanna sedar dri ni xtau nk swim..ckt2 boleh r..ntah cmne adik2 fanna le tau swim sedangkan ktorg jarnag sgt g mandi2 cmni..baba mmg fanna tau boleh swim.ad ke patut nk lawan sape paling cepat swim jarak beberpe cm die menang..cehhh,ape celop! mmg dh tau r keputusannyer..last2 mse diorg sibuk swimming2 fanna pon g mkn kt pondok ngn mama sambil ambik gmbr..hehe,alasan melarikan dri..pas2 dh penat main,ktorg pon blik rmh...lapo gak r..blik2 mama terus masak ngn baba....kan jimat belanja..haha...i2 r cite yg fanna nk gtau..klo ad lg fanna kongsikan ek..bubbye,sayang korang!


                                  Haa,ni fanna ngn kak ziana kt tmpt kje..tp kn ad lain ckt mse kje kali ni..

Nk kje ke x,kje ke x....itu r persoalan yg sering bermain kt kepala ni pas final ari 2..fanna pon tnyer mama ngn baba...mula2 diorg mcm x bg sgt sb kesian kt fanna..penat...tp sb fanna ad bg tau target fanna nk kje fanna nk sometin untuk dri diorg pon izinkan...doktor chong pon dh bg green light nk kje boleh mula bila2 mse..dh pikir punyer pikir punyer pikir,fanna pon mula kje 2 april 2012...mse 1st day kje mmg penat dan sakit kaki gler sb lme x diri..patient pon ramai..fanna pon ingat2 lupe ape yg kne wat..tp ok r fanna dpt gak hbiskn kje 1st day tu..bla blik rmh letih sgt..tp mse letih2 tu,fanna terfkir yg fanna x bpe nk kje..dr ad tnyer nk kje smpai bla? fanna kta smpai 31 Mei..tp sbkan leih dn sedikit bosan fanna decide nk kje smpai akhir bulan ni je..dpt gaji nt fanna kne gtau dr yg fanna berhnti...fanna x puas r nk bermanja ngn famly..klo kje pg sampai lewat ptg bru blik..mlm dh penat..nk sembang lme2 pon dh x larat..nk g jln ngn fmly pon dh xde mse sb fanna kje xde cuti..isnin-ahad :( fanna pon dh x larat nk ot lme2..klinik tutop pkol 5 tp klo still ad rmai patient bole exteng smpai pkol 6 lebih tau..penat r cm2,baba pon nk g ambik syafiq..mcmne nk patah blik ambik fanna..last2 fanna siapkan kje fanna yg fanna mampu pas tu fanna blik..fanna x pkir pon psal nk dpt duit lebih fanna budak2 lg...lagi pon fanna masih dlm tanggungan mama baba..duit pt pon fanna ad lg..fanna kje ni utk cari pengalaman di samping menambahkan duit poket utk mencapai impian fanna..tp fanna dh boring plak kje,mama kta mungkin sb fanna dh biase ngn alam belajar ngn kwn2..dlu fanna kje fanna x boring sb fanna xde pape yg mempengaruhi hdup..ye r bru hbis spm,kwn2 byk dh lost cntact...jd klo on9 atau sms jarang r...tp klo skrg ni bla on9 rmai kwn2 yg on9 sekali dan bla sms smua reply...jd fanna lg sonok cm2 dri kje...ikhlas ni...sementara ni fanna kne kuatkann dri kje smpai akhir bulan ni je,pas tu fanna bebas..im so sorry doctor chong,kak midah dn kak ziana...chaiyok fanna,ingat impian yg fanna nk 2...insyaallah!

Sunday, 4 March 2012

exam...final..peperiksaan..ujian...???


    Assalamualaikum smua...Fanna just nk remind dri sndri yg final dh nk dekat ni..tp rse cm nk kongsi ngn korang smua pasal preparation Fanna yg x sbpe nie..Fanna dh sem 2 skrg ni..Fanna xtau r ape korang rse,tp bg fanna sem ni mse cpt sgt berlalu..kdg2 rse mcm xtau pape dan terus nk final..dh r markah pon x mandang..tp sem ni fanna sibuk ckt,byk aktiviti  majlis yg fanna ikot..sonok gak..x r asyik blik rmh tiap2 minggu..mama ngn baba fanna pon sruh g sb ni r peluang kte nk brkwn dan menikmati alam universiti ngn kwn2..pejam celik pejam celik dh nk final..15 march 2012 bermula r perjuang kami bdak dip di medan peperangan utk menentukan pencapaian kami bg sesi ni..

    Bermula ngn subjek Bel260(english),ctu151(agama),calcalus 1(math),acc106(akaun) dn cs128(comp prgramming)...dlm byk2 subjek ni yg paling fanna tkot adalah cs128 sb fanna rse subjek ni tough dn fanna rse r,ni rse je tau..carry mark fanna rendah ckt...sb die biarlah rahsia...fanna jeles bla tgk kwn2 dpt markah yg gler tinggi tp fanna bese2 je..klo die bleh,x mustahil fanna x boleh..cuma fanna ni slow ckt,so kne study hard utk achieve selevel ngn diorg...yg xleh bla 2,mrkh quiz cs fanna..Allah je yg tau pe yg fanna rse..tp i2 bkan mnjd batu penghalang bg fanna utk score dlm final..fanna pon nk status **** cm diorg...fanna tkot nk senut kt sini sb tkot ianya hnya angan2 yg x dpt fanna capai..tp yg pasti fanna akn wt yg terbaek yg akn membuatkn mama,baba dn adik bangga ngn fanna..i wont disspointed them,as long as i hav their strengthen to support me..n it was enough..doakn fanna ek mama..

setakat ini shj coretan fanna mlm ni,ngntok r...x larat nk bkak mata dh..wasalam..nite..hav a nice dream...

Sunday, 19 February 2012

Ibu dan Ayah...

                                          mama,baba dan adik fanna syafiq...

Lirik:Fanna n kawan2
Lagu:Antara gadis...(gnekan minus 1 lagu ni untuk nyanyi lagu yg kt bwh ni,gud luc)

Antara ibu juga ayahku,
Takkan ku pisah,
Ku ingat selalu,
Walau di mana dikau berada,
Ku rindu selalu,

Siapalah akau tanpamu ibu,
Jasa baktimu yang tak pernah jemu,
Akan ku kenang setiap waktu,
Dikaulah ibuku,

Ohh ibu ayah juga adikku,
Ku kirim doa ikhlasku,
Ohh ibu ayah juga adikku,
Ku kirim doa ikhlasku,

Aku menyedari siapa diri ini,
Engkaulah lilin,
Aku menyedari siapa diri ini,
Engkaulah lilin,

Kerana dirimu aku bahagia...

*sampai sini je yg ktorg cipta...

Sunday, 12 February 2012

MEANINGFUL.....

Tajuk/Lirik Lagu: Tak Tahu Antara Dua (soundtrack drama `CINTA MEDIK`)
Penyanyi: Adam feat. Farah


Keluarga ku bukannya berharta
Dan akulah satu-satunya
Harapan untuk menyara
Mereka di hari tua
Begitulah hendaknya

Diriku pun juga begitu
Ke sini tuk mencari ilmu
Tak sangka pula kau yang ku jumpa
Berbelah bagi ku bertanya
Mana satu yang harus dikejarkan

Kita tak tahu antara dua
Hala yang berbeza
Kiri kau menjanjikan cinta
Kanan menjanjikan kerjaya
Oh yang mana..

Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita
Tak tahu antara dua

Takkan lari gunung dikejar
Semoga diizinkan cinta
Selesaikan yang dah bermula
Sementara usia masih muda
Tapi tidak ku nafi hati ku sangsi

Sejak tergerak hati
Terbuka terima cinta
Lebih banyak soalan
Berbandingkan jawapan

JANGAN TERLALU MEMIKIRKANNYA...


Blog Ini
Blog Ini
 
 
 
 


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.


Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.